
PETALING JAYA, 6 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu, langkah susulan itu perlu selepas pihaknya mendapat penjelasan dan pengesahan penderma dari Timur Tengah yang menyalurkan dana berkenaan.
“SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
Tambah SPRM lagi, Peguam Negara turut meminta suruhanjaya itu membuat penjelasan berhubung perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.
“Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB,” kata SPRM lagi.
— The Star