
PUTRAJAYA, 6 Ogos —Tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan butiran berhubung derma politik yang diterimanya walaupun ditekan oleh pembangkang supya berbuat demikian.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Najib tidak perlu di bawah undang-undang mendedahkan butiran mengenai pihak yang menderma.
Dalam satu wawancara dengan akhbar The Star pada Rabu, Salleh berkata apa yang lebih penting ialah premis bahawa pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menafikan tuduhan wang tersebut dari 1MDB.
Beliau berkata SPRM mendapati tidak berlaku sebarang tindakan rasuah dan wang berkenaan adalah derma oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun, Salleh bersetuju perlu diwujudkan undang-undang berhubung dana politik.
“Perdana Menteri berkata perlu ada reformasi politik…kami akan mengusahakannya,” kata beliau lagi.
Terdahulu, SPRM telah mengisytiharkan bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib bukan daripada 1MDB, tetapi daripada penderma.
Berikutan itu, pembangkang mahukan supaya Najib menamakan sumber dana berkenaan supaya segala spekulasi dilenyapkan.