Skip to main content
HomeViral

Pandu Pakai Selipar- Warga Emas Parah Dilanggar

By 24 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KLUANG, 24 Ogos — Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah kereta semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata insiden berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari Ahad.

Mangsa, Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.

“Siasatan awal polis mendapati insiden berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.

“Mohamad Nasir patah di bahagian pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Insiden tersebut dirakamkan dalam kamera kitar tertutup stesen minyak berkenaan dan menjadi viral di laman media sosial.

— The Star

Tinggalkan komen anda