Skip to main content
EkonomiHomeViral

Pasaran Wang Tempatan Dijangka Stabil Minggu Depan

By 15 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus campur tangan bagi menstabilkan pasaran wang.

Bank pusat itu dijangka meneruskan usaha untuk menyerap lebihan dana dalam pasaran yang kebanyakannya daripada pasaran wang matang, kata seorang peniaga.

Bagi minggu yang baharu berakhir, BNM campur tangan setiap hari dengan melaksanakan tender konvensional, Program Komoditi Murabahah, Qard, lelongan matang dan repo.

Pada Jumaat, tindakan bank pusat itu membantu mengurangkan jumlah lebihan tunai di pasaran kepada RM30.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM5.43 bilion dalam dana Islam.

Kadar rujukan Islam semalaman disandarkan pada 3.21 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.27 peratus, 3.32 peratus dan 3.36 peratus.

Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan pada 3.69 peratus.

 

– The Star

Tinggalkan komen anda