Skip to main content
HomeViral

‘Skate4 A Cause’ Tonjolkan Kemahiran dan Bakat

By 15 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2015 (MalaysiaAktif) – Mont Kiara Skate Park dibanjiri lebih 300 orang peminat-peminat sukan ‘skateboard’ hari ini sempena pertandingan ‘skateboard’ pertama anjuran iM4U, ‘Skate 4 A Cause’.

Pertandingan ini terbuka kepada pemain-pemain ‘skateboard’ tempatan dan antarabangsa untuk memberi mereka peluang menonjolkan kemahiran dan bakat masing-masing.

Di samping itu, mereka juga ditawarkan hadiah-hadiah menarik berbentuk wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM6,000 dari iM4U.

 

IMG-20150815-WA0026

 

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘Run Terbaik’ di mana 80 peserta akan bertanding dalam kumpulan dan finalis 15 teratas berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM2,000.

Manakala kategori kedua, ‘Trick Terbaik’, di mana peserta mempunyai peluang untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Pemenang dinilai oleh pemain ‘skateboard’ terkenal, termasuk Joe Ipoh, Mariss Khan dan Boy Ipoh.

Menurut Ketua Pegawai Operasi iM4U, Rudy Malik, ‘Skate 4 A Cause’ bertujuan untuk mengumpulkan individu dari pelbagai latar belakang yang berkongsi minat sama bagi tujuan kebaikan.

 

IMG-20150815-WA0024

 

“Matlamat utama acara untuk menggalakkan golongan belia meneruskan minat melalui saluran betul untuk tujuan yang betul.”

Sebelum ini, pemain-pemain ‘skateboard’ telah membantu dalam kerja sukarela untuk membersihkan dan memperbaiki ‘skatepark’ di USJ 1.

“Skateboarding’ adalah satu kegemaran di kalangan belia, tetapi fasiliti kurang memuaskan. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk membaik pulih ‘skatepark’ di USJ 1 supaya ia lebih selamat untuk pemain ‘skateboard’ dan juga untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi sukan ini.”

Selain mengambil bahagian dalam ‘Skate 4 A Cause’, peminat sukan ini juga berpeluang bertemu dan berkongsi ilmu dari dua pemain ‘skateboard’ antarabangs, iaitu David Gravette dan Robbie Brockel.

Tinggalkan komen anda