Skip to main content
HomeViral

Shukri Dikawal Ketat Anggota SPRM Setiba Di KLIA

By 10 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SEPANG, 10 Ogos — Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull tiba di tanah air malam Ahad selepas 10 hari berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menerusi penerbangan dari Dubai, pada 9.40 malam dikawal anggota SPRM, ketika beberapa wakil media sedia menanti untuk mendapatkan komennya berhubung dua pegawainya yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau hanya memaklumkan akan bercakap kepada media kemudian kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

“Ia tidak selamat (untuk mengulasnya di sini). Biar saya selesaikannya terlebih dahulu.

“Nanti saya akan bercakap dengan kamu,” katanya sambil berlalu keluar dari bangunan terminal KLIA diiringi anggota SPRM serta beberapa pegawai kanan pengurusan tertinggi suruhanjaya itu.

– MStar

Tinggalkan komen anda