Skip to main content
HomeViral

Tidak Perlu Budaya Ekstrem, Ugutan Dalam Pemilihan Sukan

By 13 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemilihan pucuk pimpinan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) kali ini dilihat bakal mencerminkan masa depan sukan negara

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap barisan pemimpin baru dapat memberi impak positif kepada pembangunan sukan negara.

“ Pemilihan OCM, Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia adalah pemilihan bagi persatuan induk, bagi sukan Malaysia, ini adalah satu pemilihan penting, OCM mempunyai peranan yang sangat-sangat kritikal dalam membangunkan sukan negara” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini

“Saya harap persatuan sukan akan membuat keputusan dengan keyakinan bahawa mereka boleh membuat perubahan positif kepada sukan Tanah Air”

Beliau juga berharap pemilihan pimpinan baru tersebut akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan

“Biar proses ini bersih, adil dan bebas daripada ugutan, tak perlu ada budaya ekstrem dalam pemilihan sukan walaupun penting, jangan sampai ada ugutan dan sebagainya”

“Saya minta Pesuruhjaya Sukan memantau pemilihan ini, sekiranya ada apa-apa ugutan dan sebagainya, siapa saja yang menerima ugutan saya berharap mereka akan membuat laporan polis secepat mungkin.”

Sebelum ini, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim menerima ugutan berbaur ancaman bunuh ketika pemilihan MOM selepas menerima sampul surat mengandungi sebutir peluru dan sepucuk surat layang.

Pemilihan akan berlangsung pada 22 Ogos 2015

 

Tinggalkan komen anda