
Oleh Syed Hisham Shah
PUTRAJAYA, 07 Ogos β Malaysia dan Bangladesh memeterai memorandum persefahaman (MOU) yang mengkhususkan penggajian pekerja asing warga Bangladesh bagi memenuhi keperluan sektor-sektor pekerjaan, terutama sektor 3D, dangerous (bahaya), difficult (susah), dan dirty (kotor).
Sehingga 31 Mei 2015, jumlah pekerja asing warga Bangladesh yang telah diluluskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah seramai 228, 379 orang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di Putrajaya berkata, Malaysia amat memberi penekanan terhadap aspek pembangunan negara tanpa mengabaikan aspek keselamatan rakyat dan kemaslahatan negara.
βKita memberi penekanan terhadap aspek keselamatan di mana kita akan membuat tapisan terhadap mereka yang ingin dating bekerja di sini. Bahkan mereka ini juga akan diberikan latihan asas terlebih dahulu oleh Kementerian Sumber Manusia Bangladesh sebelum datang bekerja di sini,β kata beliau setelah menerima kunjungan hormat Menteri Luar negeri Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala di antara kedua negara merangkumi kerjasama dalam bidang keselamatan.
Malaysia dan Bangladesh memeterai MOU untuk kerjasama Bagi Mencegah dan Memerangi Jenayah Rentas Sempadan pada 26 November 2012.
Zahid juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu pengambilan warga Bangladesh ini untuk terus berjumpa sendiri dengannya untuk penjelasan lanjut.