
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Malaysiaaktif) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini turun untuk bersama peserta-peserta perhimpunan Bersih 4 di Stesen LRT Pasar Seni di sini.
Tun tiba bersama bekas menteri UMNO, Datuk Zaid Ibrahim dengan dikawal empat pengawal peribadi pada kira-kira pukul 4.00 petang.
Beliau memakai bagu berpetak biru dengan topi dan kelihatan berjalan ke arah Pasar Seni.
Selepas bercakap dengan wartawan di hadapan Pasar Seni, Tun bergerak ke arah Dataran Merdeka, di mana sebahagian besar peserta Bersih 4 berkumpul.
— MENYUSUL