Skip to main content
HomeViral

UMNO Jangan Membisu Berdepan Rasuah, Khianat Amanah – Khaled

By 4 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

JOHOR BARU, 4 Ogos –UMNO tidak sepatutnya membisu jika berlaku budaya rasuah atau pelanggaran amanah yang diberikan, kata Datuk Mohamad Khaled Nordin.

Menteri Besar Johor itu berkata sudah tiba masanya parti itu mengambil beberapa langkah proaktif dan dominan.

“UMNO tidak seharusnya berdiam diri jika rasuah dan pengkhianatan terhadap amanah menjadi budaya dalam parti.

“UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti, “ katanya dalam satu post Facebook hari ini.

 

Tinggalkan komen anda