
MINA, 24 Sept — Sekurang-kurangnya 717 orang maut dalam insiden rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis, kata pertahanan awam Arab Saudi.
Laporan terkini mengatakan lebih 800 orang cedera dalam insiden di 204th Street di Mina, di luar Makkah ketika jutaan jemaah sedang mengerjakan haji.
Media Arab Saudi, Saudi Gazette melaporkan seramai 4,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan ke lokasi kejadian membabitkan lebih 220 ambulans.
Pasukan perkhidmatan awam mengarahkan jemaah ke laluan alternatif.