Skip to main content
HomeViral

Azalina: Saya Cabar Guan Eng Adakan Bersih di Pulau Pinang

By 4 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 4 September (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata paparan visual keterlaluan, seperti tindakan membakar bendera yang dilakukan di sebuah negara jiran, memang wajar disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Ini antara contoh keterbabasan kaedah komunikasi, seperti Internet yang boleh diakses oleh pengguna yang seterusnya mendedahkan masyarakat kepada pornografi dan penggunaan bahasa kesat.

Disebabkan itu, Azalina berkata industri kreatif hari ini berdepan dengan cabaran paling besar.

Beliau mengecam perhimpunan Bersih 4.0 minggu lepas yang mengumpulkan kurang daripada satu peratus rakyat Malaysia untuk bertindak bertentangan dengan budaya Malaysia, selain tidak menghormati bulan kemerdekaan.

Azalina berkata perhimpunan yang diharamkan polis itu telah mengganggu pergerakan warga kota untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur, selain memberi masalah kepada pelancong untuk melawat lokasi-lokasi utama.

Beliau turut mempersoalkan  mengapa Bersih 4.0 tidak diadakan di stadium di Selangor atau Pulau Pinang.

“Adakah kerajaan Pulau Pinang takut kehilangan pelancong? Saya cabar Guan Eng mengadakan Bersih seterusnya di Pulau Pinang,” katanya lagi.

Azalina yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Filem Malaysia sempena Festival Filem Malaysia (FFM) 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda