Skip to main content
HomeViral

Azalina: Kehadiran Tun M dalam Bersih 4.0 Mendukacitakan

By 4 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 4 September (Malaysiaaktif) – Mengulas isu Tun Mahathir Mohamad yang akan disoal siasat oleh polis berikutan kehadirannya di perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lalu, Dato’ Seri Azalina Othman Said merasakan rata-rata pemimpin UMNO kecewa, tetapi dirinya berasa amat dukacita.

“Putera dan Puteri UMNO yang baru menceburi bidang politik pastinya akan melihat perbuatan Tun ini sebagai budaya pemimpin kita,”

“Dah tak jadi pemimpin, langgar undang-undang ibarat marah nyamuk kelambu dibakar.

Saya puji Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang tak turun ke Bersih,” katanya setelah merasmikan Ekspo Filem Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda