Skip to main content
HomeViral

Bekas Mufti Kedah Sheikh Abd Majid Meninggal Dunia

By 21 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

ALOR SETAR, 21 Sept (Malaysiaaktif) — Bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abd Majid Mohd Noor kembali ke Rahmatullah pada Isnin.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Haemodialisis Zakat Kedah pada kira-kira pukul 11.20 pagi.

Allahyarham Sheikh Abd Majid dilahirkan pada 12 Februari 1924 di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Setar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan di Institut Ain Al-Syam dalam jurusan Pedagogi.

Antara penghormatan yang pernah diberikan kepada allahyarham, termasuk Tokoh Maal Hijrah pada 1988.

 

Tinggalkan komen anda