
Oleh Mahazir Yusuf
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) — Satu kemalangan berlaku di Jalan Kuching pagi tadi membabitkan sebuah kereta Honda Civic, sebuah van dan motosikal.
Kejadian pada kira-kira pukul 8.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta tersebut terbabas memasuki laluan bertentangan diĀ satu selekoh dan bertembung dengan van dari arah bertentangan.
Pemandu van, pemandu dan penumpang Honda Civic mengalamai kecederaan parah, sementara van mengalami kebakaran di bahagian enjin.
Pemandu van berjaya dikeluarkan oleh anggota pasukan bomba dan penyelamat kira-kira 20 minit kemudian.
Sejurus berlaku kemalagangan, tersebar post di media sosial kononnya sebuah jambatan runtuh berhampiran pusat membeli-belah Sogo. Laporan tersebut tidak benar.