Skip to main content
HomeViral

‘Himpunan Rakyat Bersatu’ Garis 14 Resolusi

By 16 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Mempertahankan demokrasi luhur dan memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia antara 14 resolusi digariskan pada ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok, di sini, Rabu.

Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan resolusi itu di hadapan hampir 30,000 peserta yang berpakaian kemeja-T merah.

Berikut adalah keseluruhan resolusi yang dibentangkan beliau yang juga anggota Parlimen Ketereh:

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda