Skip to main content
HomeViral

Insiden Kren : 10 Cedera 6 Belum Dikesan

By 12 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

 KELANA JAYA, 12 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan setakat pukul 4.00 pagi semalam  seramai 10 jemaah haji cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan susulan insiden kren jatuh di Masjidil Haram, Mekah.

Senarai enam  Jemaah Haji tersebut adalah seperti berikut  dan pihak Tabung Haji telah memaklumkan perkara ini kepada waris-waris mereka di Tanah Air.

1) ABDUL HABIB LAHMAN (68 TAHUN), SIK, KEDAH

2) SHAHIDAN SAAD (52 TAHUN), KODIANG, KEDAH

3) ZAINUN TAHA (69 TAHUN), AMPANG, SELANGOR

4) ROHANA ISMAIL (54 TAHUN), KUALA KRAI, KELANTAN

5) MUNAH JUSOH ( 73 TAHUN), CHERANG RUKU, KELANTAN

6) SITI NUROLSHLIZAN ZOLKIFLI (37 TAHUN), TANAH MERAH, KELANTAN

Dalam pada itu, beliau berkata 10 mangsa tersebut yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita itu mengalami cedera ringan.

“Semua jemaah kini dilaporkan stabil dan boleh meneruskan ibadah haji mereka.

“Aktiviti Sa’ie tidak tergendala dan berjalan seperti biasa selepas dua jam kejadian kerana bangunan itu ada empat tingkat dan hanya melibatkan tingkat atas,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya hari ini.

Menurutnya, Tabung Haji mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah yang hilang.

“Kemungkinan mereka berada di dalam masjid dan tidak pulang ke bilik atau berada di klinik-klinik kecil selepas kejadian.

“Kami akan memeriksa perkara itu bagi memastikan jemaah yang belum dikesan ditemui,” katanya lagi.

Jamil Khir turut menekankan bahawa pihaknya dan Tabung Haji akan membantu selagi mampu bagi meringankan beban mangsa.

Kira-kira pada pukul jam 5 petang waktu tempatan semalam, kren yang digunakan untuk pembinaan projek pembesaran Masjidil Haram dilaporkan patah.

Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie.

Pihak berkuasa Arab Saudi memakumkan seramai 107 kematian dan 238 jemaah cedera dalam kejadian itu.

Keluarga mangsa boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-62071919 atau 03-62071919 untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

 

Tinggalkan komen anda