Skip to main content
Home

Pengisahan Kenegaraan Separuh Akhir Kedua Di Kuisas

By 12 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Suriani Ghazali (Perak)

KUALA KANGSAR, 12 Sept (Malaysiaaktif) —  Hari ini berlangsung Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Separuh Kedua di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Bukit Chandan.

Peringkat ini menyaksikan 10 lagi kumpulan bertanding, masing-masing dari Pulau Pinang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perlis, Sabah, Pahang, Sarawak, Labuan dan tuan rumah, Perak.

Kesemua kumpulan akan bersaing bagi merebut tempat ke Pertandingan Akhir pada 13 September.

Seramai kira-kira 500 orang hadir bersama ketua-ketua jabatan daerah, pemimpin masyarakat dan wakil rakyat setempat.

Menurut seorangg penonton, Mastura Abdul Aziz dari JabatanPengurusan Korporat KUISAS, program ini menarik dan bermakna kerana memberikan maklumat berguna kepada penonton tentang tokoh dan sejarah negara.

Sementara itu, Penghulu Mukim Chegar Galah, Hashim Hasbullah pula berpendapat program sebegini perlu diteruskan kerana penonton mendapat banyak maklumat  tentang negarawan dan pemimpin terdahulu, selain mencungkil bakat peserta dalam seni teater dan pengucapan awam.

Penuntut KUISAS, Mohd Anwar Azwan pula berpendapat program ini berjaya  menyuntik semangat patriotik ke dalam diri mahasiswa KUISAS dan bertindak sebagai satu proses pembelajaran tentang sejarah negara.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda