Skip to main content
HomeViral

Rebut Negeri, Dam Impit Antara Pencetus Nostalgia di Lenggong

By 12 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ade Norazura a/p Awang (Lenggong)

LENGGONG, 12 Sept (Malaysiaaktif) — Rebut Negeri,Dam Impit,Congkak 16 Lubang dan Tarik Upih antara aktiviti menarik yang mengimbau zaman silam sebelum kehadiran peranti dan gajet yang banyak memencilkan kanak-kanak zaman sekarang.

Hari ini permainan tradisional kanak-kanak itu muncul kembali sempena Pesta Permainan Tradisional Kanak-Kanak Lenggong 2015.

Pesta yang diadakan di Laman Budaya, Majlis Pelancongan Lenggong berhadapan Dataran Lenggong meriah dengan kehadiran penduduk dan pelajar sekolah sekitar daerah ini, termasuk dari sekolah kebangsaan Cina dan Tamil.

Inisiatif yang menonjolkan keterujaan zaman ringkas kanak-kanak ini tercetus hasil penulisan bersama buku Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-Kanak Edisi Ke-2 oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada majlis yang sama Mas Ermieyati juga melancarkan buku berkenaan yang menurut beliau akan dibawa ke London nanti untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha mempromosi warisan tradisional ini.

DBP antara tulang belakang dalam usaha menjayakan Pesta Permainan Tradisional Kanak-Kanak 2015.

 

Tinggalkan komen anda