Skip to main content
HomeViral

Sekolah Di Negeri Sembilan Turut Ditutup Kerana Jerebu Teruk

By 15 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SEREMBAN, 15 Sept — Semua sekolah di negeri ini ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata penutupan dibuat atas arahan Kementerian Pendidikan.

“Lewat malam tadi, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan supaya sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka ditutup hari ini berikutan IPU menghampiri bacaan 200 (tidak sihat),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penutupan pada Khamis ini selepas bercuti esok sempena sambutan Hari Malaysia, turut bergantung kepada arahan kementerian.

Kalsom berkata guru juga diberikan cuti tetapi masih perlu hadir untuk menguruskan keselamatan murid dan pelajar yang masih datang ke sekolah kerana tidak mendapat makluman mengenai penutupan sekolah.

“Bila sudah selesai semua urusan itu, mereka boleh pulang,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda