Skip to main content
HomeViral

Dua Ahli Parlimen DAP Diarah Keluar Dewan

By 19 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo diarahkan keluar Sidang Dewan Rakyat hari ini kerana mengingkari arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar berpendapat tindakan Lim membangkitkan peraturan mesyuarat 18(1) selepas beliau menolak usul kenaikan tol adalah hanya untuk melengahkan masa mesyuarat Parlimen.

“Sudah tujuh tahun saya jadi Speaker. Semua sudah faham peraturan mesyuarat,” tegasnya sebelum sebelum mengarahkan Lim keluar.

“Saya tidak nampak alasan lain, selain daripada hendak melengah-lengahkan perjalanan mesyuarat, segala keputusan sama ada di dalam kamar atau Dewan, tidak boleh ditarik balik.”

Susulan insiden itu, Gobind bangkit mempertahankan Lim dan turut mempersoalkan kejujuran Pandikar.

Beliau yang turut diminta keluar pada mulanya bertegas enggan beredar sehingga menyebabkan Speaker terpaksa memberi amaran kepada Gobind bahawa beliau boleh digantung jika enggan mengikut arahannya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong dan juga Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang turut mengingkari arahan pandikar juga diarahkan keluar.

Mereka diminta beredar susulan tidak mematuhi arahan supaya duduk apabila tidak mendapat izin untuk bertanyakan soalan.

 

Tinggalkan komen anda