Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Menyerlahkan Bakat Istimewa Pelajar-Pelajar MBK

By 7 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

SHAH ALAM, 6 Okt (Malaysiaaktif) — Pelbagai hasil dilahirkan daripada sentuhan bakat-bakat istimewa yang ditonjolkan oleh Murid Bekeperluan Khas (MBK) sempena Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2015 di Anggerik Mall Shah Alam semalam.

Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah berumur antara 15 hingga 19 tahun yang mewakili negeri masing-masing dalam pertandingan tersebut.

 

20151006_171421

 

Menurut Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Selangor Abdul Aziz Abdul Jalil, program ini direka khas bagi menyerlahkan bakat dan kebolehan pelajar-pelajar MBKl, selain menggalakkan keyakinan diri mereka supaya lebih berdaya saing dengan aliran perdana.

Penyertaan sebanyak 26 buah kontigen ini menarik lebih 500 orang pengunjung, termasuk guru-guru dari seluruh Malaysia.

Selain perrtandingan solekan, para peserta juga turut mengambil bahagian dalam acara lain, seperti Pertandingan Masakan, Elektrikal, Rekacipta Bahan Terbuang dan Gubahan Ukiran buah Tembikai.

Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Oktober.

 

 

Tinggalkan komen anda