
IPOH, 5 Nov — Seramai 114 orang daripada 22 keluarga mangsa banjir sekitar bandar raya ini masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan berikutan rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat hampir 4 jam semalam.
Seramai 27 mangsa dari kawasan Buntong pula ditempatkan di Dewan Hock Kwan manakala 14 mangsa dari Kampung Tasek berada di Dewan Orang Ramai Kampung Tasek, katanya kepada Bernama Khamis.
Beliau berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air meningkat 0.5 meter dan air lambat surut disebabkan aliran keluar terhalang.
Sementara itu, mangsa banjir di beberapa kawasan di Batu Gajah yang dipindahkan malam tadi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 8 pagi ini, katanya.
Yahya berkata antara agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, RELA, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
— BERNAMA