Skip to main content
EkonomiHomeViral

1MDB Bukan Punca Utama Ringgit Jatuh – Johari

By 4 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MBD) bukan punca utama   kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika (ASD).

Beliau memaklumkan kemerosotan itu berpunca daripada empat faktor utama lain termasuk ramalan pelabur asing mengenai kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat.

“Faktor lain ialah kedudukan ekonomi dunia seperti pertumbuhan perlahan di China serta kejatuhan harga komoditi seperti minyak mentah,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

“ Sentimen negatif lain seperti usul undi tidak percaya dibangkitkan pihak pembangkang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, juga antara faktornya.”

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas kerana negara maju yang lain turut menghadapi masalah yang sama walaupun tiada isu seperti 1MDB.

“Kalau kita nak menyentuh soal 1MDB, negara seperti Rusia, New Zealand, Australia dan Brazil, mereka juga mengalami kejatuhan nilai MATA WANG, walaupun tidak ada 1MDB.

“Walaupun sentimen negatif menyebabkan pelabur, khususnya pelabur asing, berada dalam keadaan ketidaktentuan, ia bukan bukan punca utama kejatuhan nilai ringgit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau melaporkan ringgit telah jatuh sebanyak 21.6% berbanding ASD dari September 2015 sehingga Oktober tahun ini yang turut menyebabkan aliran keluar pelaburan portfolio.

Beliau menambah mata wang asing serantau juga mengalami penyusutan nilai antara 5.9 dan 19.5% berbanding ASD dalam tempoh sama.

Sebelum ini ,Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy menyelar sebarang dakwaan mengatakan bahawa kejatuhan wang ringgit disebabkan isu 1MDB.

Beliau melahirkan rasa kesal terhadap beberapa pihak yang telah mengaitkan kemerosotan nilai ringgit dengan 1MDB yang dilihat tidak ada hubung kait antara kedua-duanya.

 

Tinggalkan komen anda