Skip to main content
HomeViral

Beberapa Kawasan R&R PLUS Ditutup Dua Hari Mulai Rabu

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Malaysiaaktif)  — Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan ditutup dua hari kepada pengguna lebuh raya, mulai Rabu.

PLUS dalam kenyataan Isnin berkata penutupan mulai 8 pagi hingga 5 petang itu bertujuan melancarkan kerja penyelenggaraan di kawasan R&R serta hentian terlibat.

Hentian yang akan ditutup pada 18 Nov ialah, hentian Sebelah Taiping Arah Selatan (7 pagi hingga 5 petang), Hentian Sebelah Bukit Gantang Arah Utara dan R&R Tapah Arah Selatan (8 pagi hingga 5 petang) serta R&R Dengkil Arah Utara Lebuhraya Elite (9 pagi hingga 5 petang), menurut kenyataan itu.

Penutupan pada 19 Nov pula melibatkan Hentian Sebelah Taiping Arah Utara (7 pagi hingga 5 petang), Hentian Sebelah Simpang Pulai (8 pagi hingga 5 petang) dan Restoran Jejantas Ayer Keroh Arah Selatan (9 pagi hingga 4 petang).

“Sepanjang kerja penyelenggaraan ini dijalankan semua gerai, kiosk dan kemudahan awam lain akan ditutup kepada orang ramai manakala stesen minyak masih dibuka seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

 

Tinggalkan komen anda