
Oleh Aneta Ahmad/Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)
KEMAMAN, 3 Nov (Malaysiaaktif) — “Hijrahkah Aku” merupakan tema Forum Perdana yang diadakan di Bukit Kuang, Kijal Selasa lepas.
Program berbentuk bual bicara yang mendapat sambutan lebih 3,000 orang ini memaparkan ahli panel yang terdiri daripada Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Haslin Baharin dan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin dengan Ustaz Ramli Nuh bertindak sebagai moderator.
Pendekatan sebegini yang dilaksanakan oleh pimpinan setempat untuk menyentuh masyarakat nyata diterima baik oleh masyarakat setempat. Sebelum ini, pada 30 September lepas ceramah agama oleh Datuk Ustaz Kazim Elias juga mendapat sambutan luar biasa.
Forum Perdana ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kwasan Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.