
Oleh Mohd Faizal Mat Akhir, Zanizal Zamani & Ariza Mohd Zaki
KEPALA BATAS, 12 Nov (Malaysiaaktif) — Sebuah lagi Klinik 1Malaysia dibuka semalam di daerah Seberang Perai Utara.
Klinik 1Malaysia yang terletak di Wisma Lan Saidin, Jalan Pinang Tunggal ini yang ketujuh di daerah ini.
Menurut Penolong Pegawai Kesihatan, Suhaimi Shuib, klinik ini mempunyai dua orang jururawat dan dua orang pembantu kesihatan.
Beliau berkata klinik dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, sementara pemeriksaan oleh seorang doktor dan pembantu farmasi pula dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Menurut penduduk setempat, Md Sarip Bakar, 56, perkhidmatan Klinik 1Malaysia ini amat bermakna kepada penduduk bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan dengan lebih cepat tanpa perlu ke klinik kesihatan yang agak jauh.
Seorang lagi penduduk, Mohd Shoufi Zahari, 52, pula berpendapat klinik tersebut memudahkannya untuk mengambil ubat dan mendapat rawatan dengan lebih baik tanpa perlu menunggu lama.