Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lawatan Penilaian ADS1M Ke Kampung Parit Tengah

By 28 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairul Annuar Zulkernain (Muar)

MUAR, 28 Nov (Malaysiaaktif) — Panel penilai Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan Selasa lepas melakukan lawatan ke Kampung Parit Tengah, Batu 18 Mukim Air Hitam untuk membuat penilaian.

Kampung tersebut johan pertandingan yang sama di peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan.

 

pttengah2

 

Panel penilai yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membuat penilaian berdasarkan aspek kepimpinan, ekonomi, ICT dan keceriaan kampung.

Kira-kira 500 penduduk kampung menyambut rombongan yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Naning, Datuk Seri Saipolbahari Haji Suib.

Mereka kemudian dibawa melawat kampung dengan menaiki ‘gerabak’, iaitu kenderaan yang diubahsuai daripada kegunaan mengangkut hasil tanaman. Panel penilai juga melawat kawasan industri kecil dan sederhana serta masjid.

Berdasarkan apa yang dilihat mereka akan membuat rumusan untuk keputusan seterusnya. Mereka berharap agar penduduk kampung dapat meneruskan usaha untuk mengekalkan kesejahteraan kampung tersebut.

 

Tinggalkan komen anda