Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabah

Lebih 100,000 Penduduk Beluran, Tapi Hanya Satu Mesin ATM

By 5 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Peter Kanua (Sabah)

BELURAN, SANDAKAN, (Malaysiaktif) – Corak kehidupan hari ini mencetuskan keinginan terhadap kepelbagaian kemudahan yang memberikan kepuasan maksimum kepada setiap masyarakat.

Hasrat ini turut disuarakan oleh penduduk di sekitar Daerah Beluran yang terletak kira-kira 100km dari bandar Sandakan.

Daerah Beluran hari ini mempunyai pelbagai infrastruktur untuk dinikmati hampir 104,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum yang bekerja sebagai pekebun kecil kelapa, peniaga, pekerja ladang dan kakitangan awam.

Peningkatan jumlah penduduk di sini bagaimana pun tidak selari dengan pembangunan, terutama dalam soal kemudahan urusan perbankan, kerana kawasan ini hanya mempunyai sebuah bank, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN). Di sebabkan itu ramai penduduk terpaksa pergi ke Sandakan untuk berurusan.

Perkembangan ekonomi menimbulkan permintaan supaya disediakan lebih banyak mesin ATM, Mesin Deposit Tunai (CDM) dan perkhidmatan lain.

beluran2

Kekurangan kemudahan menyebabkan masa penduduk banyak habis di pintu masuk bank sahaja kerana terpaksa beratur panjang, terutama apabila gaji keluar pada  hujung bulan.

Dalam pada itu penduduk juga berhadapan dengan dilema apabila tiba masa untuk menerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana kekangan dalam mendapatkan kemudahan perbankan.

Sehubungan itu, masyarakat di daerah ini merayu agar pihak pengurusan BSN dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memperbanyakan kemudahan untuk penduduk setempat.

 

 

Tinggalkan komen anda