Skip to main content
HomeViral

Azalina: Tiada Kod Pemakaian Terhadap Pelawat Kerajaan

By 5 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said menjelaskan peraturan kod etika pemakaian tidak dikenakan kepada pelawat yang mempunyai urusan di pejabat kerajaan.

Beliau juga memaklumkan hanya pekerja awam tertakluk kepada etika pakaian dari semasa ke semasa.

“Dengan itu, orang ramai boleh memakai pakaian yang sesuai dengan budaya serta nilai-nilai timur masing-masing ketika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Namun, beliau berkata pegawai bertugas mempunyai hak untuk menegur sekiranya pelawat berpakaian kurang sopan.

“Bagaimanapun, pihak kerajaan masih akan melanjutkan perkhidmatan itu ke atas individu yang berpakaian tidak sopan,” tambah Azalina.

Sebelum ini, kontroversi kod pemakaian awam ketika melawat pejabat kerajaan menarik perhatian orang ramai apabila beberapa pelawat diberikan kain sarung dan bahan-bahan lain bagi menutup kaki mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pelawat diberi kelonggaran dalam berpakaian, namun  bertegas mereka yang waras pasti akan berpakaian sopan.

 

Tinggalkan komen anda