Skip to main content
Berita TempatanJohor

Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Masyarakat India Mersing

By 3 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Masyarakat India Mersing telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tenggaroh,K. Raven Kumar, Jumaat lalu di Balai Raya Mersing Kecil.

Kumar dalam ucapannya melahirkan rasa terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia, khususnya kepada Pejabat Penerangan Daerah Mersing yang telah memilih masyarakat India Mersing untuk menubuhkan Komuniti 1Malaysia ini.

“Saya yakin walaupun masyarakat India di Mersing kelompok minoriti, mereka akan memberikan sepenuh komitmen dalam pelaksanaan aktiviti bagi memperkasakan K1M sebagai mata dan telinga kerajaan,” katanya.

Menurut Pengerusi K1M Masyarakat India Mersing K. Baskeran, beliau bersama jawatankuasa yang dilantik bersedia melaksanakan  pelbagai aktiviti dalam memasarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat, khususnya kepada kaum India di daerah ini.

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian hadiah galakan akademik kepada para pelajar India yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

 

Tinggalkan komen anda