
Oleh Amran Mohd Kamis, Zurina Saad, Mohd Hairul Bakar (Yan)
YAN, 16 Nov (Malaysiaaktif) — Peminat sukan luncur udara (paragliding) kini boleh merasai sensasi meluncur di udara berhampiran Gunung Jerai pada paras lebih 600 meter dari aras laut.
Sukan ini semakin menarik minat golongan remaja kerana deria luar biasa yang boleh dirasai selain berdepan dengan cabaran yang selari dengan kelasakan sukan sebegitu.
Gunung Jerai menjadi lokasi yang sesuai bagi sukan luncur udara kerana mempunyai tapak luncur dan tapak mendarat yang luas dan selamat.
Presiden Kelab Luncur Udara Jerai ( KLUJ) Asnawi Mohd Hassan berkata, peminat sukan luncur udara boleh melakukan aktiviti berkenaan selepas mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kelab tersebut.
Sehubungan itu, KLUJ turut mempromosikan sukan luncur udara ini kepada masyarakat di Daerah Yan dan juga masyarakat luar. Sehingga kini sambutan yang diterima menggalakkan, terutama sempena Tahun Melawat Kedah 2016 nanti.