Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pertandingan Lukisan Sempena Deepavali PAKK Parit Unas

By 12 November 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Haliza Mohd Taib (Muar)

MUAR, 12 Nov (Malaysiaaktif) — Sempena perayaan Deepavali, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Parit Unas, Jalan Abdul Rahman di sini Selasa lepas mengadakan satu Pertandingan Melukis Poster bertemakan ‘Hijaukan Bumi Kita.’

Pertandingan yang berlangsung di PAKK Parit Unas, Jalan Abdul Rahman ini disertai seramai 27 orang kanak-kanak berumur dari 7 hingga 15 tahun.

PAKK diwujudkan di bawah Jawatankuasa Perlindungan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bertujuan membantu melindungi kanak daripada terjebak gejala sosial, pusat ini terbuka kepada ibu bapa yang bekerja untuk menghantar anak-anak mereka sewaktu cuti sekolah.

Pusat yang dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa, penyelia dan diselaraskan oleh seorang pegawai Jabatan Kebajikan ini membantu kanak-kanak dengan mengadakan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Inisiatif Penubuhan PAKK merupakan usaha yang lebih menyeluruh, sistematik dan berkesan. Setiap pusat diwujudkan mengikut keperluan setempat dengan mengenal pasti isu ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini digunakan sebagai panduan dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.

PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu, sementara premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dengan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan perseorangan.

 

Tinggalkan komen anda