Skip to main content
Berita TempatanWilayah Persekutuan

Prestasi Kelulusan UPSR Di Labuan Meningkat Tahun Ini

By 19 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh HaziqRuslain (Labuan)

LABUAN, 19 Nov 2015 ( Malaysiaaktif ) – Seramai 65 orang pelajar di sini mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 5.21% berbanding 44 orang, iaitu 3.42%  pada 2014.

Seramai 1,247 calon sekolah kerajaan menduduki peperiksaan tersebut di 17 buah pusat peperiksaan.

065

Tahun ini juga  prestasi UPSR bagi semua jenis sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan peratusan kelulusan 57.02 % berbanding 56.58%  pada  2014, peningkatan sebanyak 0.44%.

Ini diumumkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Norismah Hj. Ab. Moin di Pusat Ko-Kurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Labuan pada Selasa lepas.

 

Tinggalkan komen anda