Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Ribuan Penyokong Membanjiri Dataran JB Sambut Pasukan JDT

By 4 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU,  4 Nov (Malaysiaaktif) — Lebih 5,000 penyokong Pasukan Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam untuk meraikan para pemain JDT di atas kemenangan mereka merebut Piala AFC 2015.

Dalam perhimpunan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim merangkap Presiden Bola Sepak Negeri Johor menyampaikan cenderahati kepada pemain JDT dan pegawai-pegawai pasukan.

Menurut Ismail, kerajaan negeri Johor akan juga menghadiahkan sesuatu kepada mereka dalam masa terdekat. Apa bentuk sumbangan masih belum dimaklumkan.

Pengumuman itu disambut meriah dengan tepok sorak orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.

JDT melakar sejarah bola sepak negara apabila berjaya menumbangkan Kelab Tajikistan Istiklot FC , 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Republican Central Dushanbe, Tajikistan minggu lepas.

 

Tinggalkan komen anda