Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

Samun Bersenjata Gagal, Suspek Ditangkap Orang Ramai

By 4 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Izzideen Khairi Zakaria (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Malaysiaaktif) — Satu cubaan samun bersenjata oleh dua orang gagal apabila salah seorang penjenayah ditangkap dengan bantuan orang ramai. Kejadian berlaku di Shell Taman Alam Damai Cheras menghala ke Taman Connaught.

20151104003352

Menurut saksi, dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, penjenayah cuba melakukan samun namun gagal apabila mangsa melawan dan akhirnya penjenayah ditangkap. Walau bagaimanapun salah seorang suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal.

Anggota polis dari Balai Polis Alam Damai tiba di lokasi sejurus kemudian untuk memberkas suspek dan membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut.

20151104003352 (2)

 

 

Tinggalkan komen anda