
Oleh Norhafieza Aziz & Ahmad Maarif Ag.Damit (Sabah)
KOTA BELUD, SABAH, 22 November 2015 (Malaysiaktif) – Jamboree Kota Belud 2015 Kali Kedua berjaya menarik seramai 525 penyertaan, termasuk peserta dari negara jiran, seperti Singapura dan Brunei Darussalam.
Perlepasan ?acara berbasikal sejauh 40km?, yang bermula dari Yayasan Suria Tuaran dan berakhir di Dewan Tun Said Kota Belud itu ?mempertandingkan kategori ?wanita terbuka, kanak-kanak bawah 12 tahun ?serta? veteran. Ia disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan ?Tempatan, Datuk Haji Hajiji Hj.Noor.
Antara yang menyertai acara berkenaan ialah? Menteri Komunikasi dan ?Multimedia? Malaysia, Senator Datuk ?Seri Dr?.?Mohd Salleh ??Said ?Keruak dan isteri serta Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Suria, ?Datuk ?Raya ?Erom.
Pada majlis tersebut, Raya menyampaikan hasil kutipan penganjuran Jamboree bersama ?yayasan berkenaan ?berjumlah ?RM?55?,000 ?kepada badan-badan kebajikan ?bukan kerajaan (NGO?)?.
Johan ?Kategori ?Wanita ?Terbuka dimenangi Evvy Olivia Anton,? sementara Johan ?Kategori ?Veteran? pula dirai Arjali Ahmad?. K?ategori ?Terbuka diungguli Laurel Lauridson dan ?Faiz Nazri memenangi ?Kategori ?Kanak-kanak?. ?