Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangor

 2017 Akan Diwartakan Sebagai Tahun Melawat Klang  

By 9 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Shariff (Klang)

KLANG, 9 Dis (Malaysiaaktif) — Dalam usaha mempromosikan daerah Klang, 2017 akan diwartakan sebagai Tahun Melawat Klang.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz inisiatif tersebut diambil memandangkan daerah Klang mempunyai rentetan sejarah tersendiri.

Katanya lagi, sehubungan itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK)  perlu lebih giat mempromosikan pelbagai produk sedia ada, termasuk tarikan makanan tempatan yang popular di daerah ini, iaitu Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

 

IMG-20151209-WA0003

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Aplikasi Telefon Pintar  Discover Selangor di ruang lobi Majlis Perbandaran  Klang (MPK) hari ini.

Mohamed Nazri turut mencadangkan MPK menaik taraf kawasan bersejarah di antara Kota Raja Mahadi dan Gedung Raja Abdullah sebagai simbol pelancongan setempat. Ini kerana  ia memperagakan warisan 1Malaysia berdasarkan pelbagai warisan berlainan  kaum yang terdapat di situ.

Turut hadir pada majlis tersebut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

 

Tinggalkan komen anda