Skip to main content
HomeViral

Muhyiddin Disambut Dengan Laungan ‘Hidup Muhyiddin’

By 9 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aimi Huwaina (PWTC)

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Malaysiaaktif) — Laungan ‘Hidup Muhyiddin’ bergema di  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pada pukul 3.00 petang tadi dengan kehadiran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang ditemani isterinya,  Puan Seri Norainee Abd Rahman diserbu wartawan sebelum meninjau sesi perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda UMNO di Dewan Tun Dr Ismail.

Mereka diberikan tepukan gemuruh sebaik memasuki pintu utama dewan dengan disambut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang turun daripada pentas untuk berjabat tangan.

Dalam pada itu kelihatan beberapa anggota perwakilan Pemuda UMNO berdiri di atas kerusi untuk melihat kelibat mantan Timbalan Perdana Menteri itu sambil mengambil gambar menggunakan telefon mereka.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tiba kira-kira lima minit lebih awal turut disambut dengan laungan gemuruh. Beliau turut melawat sesi perbahasan Pergerakan Puteri dan Wanita UMNO.

Kedua-dua pemimpin meluangkan kira-kira 30 minit sebelum beredar tanpa menjawab sebarang soalan pihak media.

 

Tinggalkan komen anda