Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

460 terima Bantuan Sejambak Kasih Sempena Krismas

By 1 Disember 2015Disember 2nd, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khalid Aini (Sarawak)

DALAT, 2 Dis (Malaysiaaktif) — Seramai 460 orang menerima Bantuan Sejambak Kasih sempena Hari Krismas di sini pada Isnin.

Mereka terdiri daripada penerima di bawah Skim Bantuan Am, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan Pesakit Terlantar, Bantuan OKU Tidak Bekerja dan Elaun Pekerja Cacat.

Majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dalat itu berlangsung di Stadium Perpaduan Dalat.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dalat, Datuk Hajjah Fatimah Abdullah.

 

Tinggalkan komen anda