Skip to main content
EkonomiHome

KPDNKK Lancar Kempen Jualan Kembali ke Sekolah

By 11 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hairol Hisham Hamdan / Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Menjelang musim persekolahan 2016 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekali lagi menganjurkan Kempen Jualan Kembali ke Sekolah.

Program tahunan yang dianjurkan sejak 2011 ini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus ke atas lebih 5000 jenis barangan di semua cawangan seluruh negara bermula 21 November sehingga 10 Januari tahun depan.

Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa membuat persiapan awal bagi anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan dengan mendapatkan barangan keperluan pada harga promosi yang lebih rendah dan berpatutan.

Antara barangan persekolahan, termasuk pakaian seragam, alat tulis, kasut dan beg, bahan-bahan bacaan dan aktiviti sempena cuti persekolahan.

“Inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui KPDNKK akan dapat membantu melindungi hak-hak pengguna serta pada masa yang sama merancakkan aktiviti perdagangan domestik”  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ketika menyempurnakan majlis pelancaran Kempen Jualan Kembali ke Sekolah bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat semalam.

Antara syarikat yang turut bekerjasama dalam menjayakan kempen ini termasuk Giant, Mydin, KK Mart, Tesco, AEON, dan The Store.

Tambah beliau “Jadilah pengguna yang bijak menggunakan kuasa yang dimiliki dalam berbelanja. Gunalah hak-hak kita sebagai pengguna dengan membuat perbandingan harga dan mengutarakan aduan kepada KPDNKK jika ada peniaga yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika.”

Tinggalkan komen anda