Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Anugerah Daripada ‘Sultan Melaka’ Tidak Diiktiraf

By 30 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 30 Dis (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri mahu pun persekutuan tidak akan mengiktiraf mana-mana anugerah selain daripada yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja, Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

Idris berkata demikian ketika mengulas tentang majlis penganugerahan darjah kebesaran yang disampaikan  oleh Raja Noor Jan Shah Tuah Shah yang menggelar dirinya sebagai  ‘Sultan Melaka’ di Alor Gajah baru- baru ini.

20151229234102

Gambar: NST

Beliau menyifatkan anugerah kebesaran yang disampaikan oleh Raja Noor Jan sebagai tidak berharga.

“Dalam isu Sultan Melaka ini, saya berpendapat dia orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri. Sultan Melaka ini sebagai satu lakonan oleh pihak yang mungkin tidak waras,” ujar Idris ketika ditanya dalam Majlis Pelancaran Jersi SAMB di sini semalam.

Idris juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar membuat laporan polis.

Dalam majlis tersebut, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup turut dianugerahkan Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

 

Tinggalkan komen anda