Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabahViral

Tanaman Anggur Berpotensi Diusahakan Di Semporna

By 30 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Juhara Binti Ali Omar & Abdul Hadi Abdul Ghani (Sabah)

SEMPORNA, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Siapa sangka anggur boleh ditanam di daerah Semporna, Sabah yang lebih terkenal dengan hasil lautnya?

Penduduk kampung, Zulhamid Sahadain, 61, dan isterinya,  Nayang Jamari ,53, dari Kampung Kuala Bibang, 16 Kilometer dari bandar Semporna berpendapat lokasi tersebut mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman anggur.

 

anggur2

 

Difahamkan, mereka juga sebelum ini mengusahakan perniagaan kebun secara kecil-kecilan,  termasuk penanaman pokok mangga madu Harum Manis, nangka, jambu air serta beberapa jenis buah lain sebelum menceburi penanaman anggur walaupun mengetahuinya ianya mencabar.

Menurut Zulhamid, mereka memulakan penanaman buah itu dengan hanya bermodalkan sebanyak RM200 setelah mendapatkan benih dari Sitiawan, Perak dan mengikuti proses penanaman melalui risalah cara penanaman pokok anggur.

Beliau berkata usaha penanaman anggur pertamanya bermula pada 1988 hingga1990, namun  kerap mengalami kegagalan kerana pokok anggur yang ditanamnya agak sensitif cuaca dan air.

Beliau yang tidak berputus asa, meneruskan usahanya hingga 2009 apabila kejayaan menyerlah hingga sekarang.

Buat masa ini, hasil jualan buah anggurnya memberikan pulangan serendah RM500 sebulan bagi membantu menyara 12 orang anaknya.

Zulhamid turut mengharapkan bantuan kerajaan, terutama dari segi kewangan atau bimbingan pengurusan bagi mengembangkan perusahaan beliau dan menjadikan daerah tersebut sebagai pengeluar anggur terkenal suatu hari nanti.

 

 

Tinggalkan komen anda