Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Gunting Rambut Percuma ‘Kembali Ke Sekolah’

By 24 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Haji Ahmad Jofri Ahmad Sulaiman (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Dis (Malaysiaaktif) — Anak-anak penduduk di kawasan Parit Sulong Ahad lepas disiapkan untuk memasuki tahun baharu persekolahan melalui program ‘Kembali Ke Sekolah yang membabitkan Zon Sri Medan, Zon Parit Sulong dan Zon Semerah.

Program dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 1.00 tengah hari itu menawarkan khidmat gunting rambut percuma sebagai antara persiapan penampilan mereka apabila mula sesi persekolahan 2016 nanti.

gunting1

Ia antara inisiatif untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa, terutama mereka yang mempunyai anak yang ramai.

Program gunting rambut percuma dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Parit Sulong.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.

 

Tinggalkan komen anda