Skip to main content
Berita TempatanSabah

Gunting Rambut, Beg, Baiki Kasut Dalam Program ‘Santai Kita’

By 28 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Hirniezah Hj Tabin, Asmidar Zainol & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

KOTA BELUD, SABAH, 28 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Program sehari ‘Santai Kita’ yang berlangsung di perkarangan Majlis Daerah Kota Belud semalam merupakan inisiatif sosial bagi membantu ibu bapa membuat persiapan anak-anak memulakan sesi persekolahan 2016.

Dalam majlis ini bantuan beg sekolah disampaikan kepada seramai 700 kanak-kanak, sementara kira-kira 1,000 kanak-kanak mendaftar untuk perkhidmatan gunting rambut percuma. Turut disediakan, perkhidmatan membaiki kasut.

Suasana berupa karnival ini dimeriahkan juga dengan persembahan artis-artis Pentarama dan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N8 Usukan, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said.

 

Tinggalkan komen anda