Skip to main content
HomeViral

Idris Perlu Terbuka Kerjasama Umno, Pas – Awang Zabidi

By 23 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

PETALING JAYA, 23 Dis (Malaysiaaktif) — Penulis blog, Awang Zabidi menyarankan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad supaya bersikap lebih terbuka terhadap cadangan mewujudkan kerjasama politik antara UMNO dan Pas.

Beliau yang juga Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Pasir Gajah, Kemaman berkata individu terbabit seharusnya memberi keutamaan kepada perjuangan anak bangsa demi masa depan negara.

Tambahnya, beliau berasa bimbang terhadap tindakan Idris yang seolah-olah memberi lampu hijau kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi pemimpin utama mentadbir negara kerana beliau pasti akan menjadi alat yang akan mengikut arahan DAP.

“Jangan menyesal suatu hari nanti jika orang Melayu di negara ini akan menjadi seperti orang Melayu di Singapura.

“Takkanlah Idris sudah lupa apa yang Pakatan Rakyat yang diketuai Pas buat sewaktu di Perak selepas PRU 2008 yang `diremote control’ oleh DAP,” katanya menerusi catatan terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my hari ini.

Jelasnya, Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengetahui tingkah laku DAP itu dan menegaskan mereka tidak akan diperalatkan lagi oleh DAP.

“Oleh itu Idris tak perlu sindir Haji Hadi dan jika beliau tidak setuju dengan langkah Pas berbaik-baiklah dengan UMNO, keluarlah dari Pas dan sertailah Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya lagi.

Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata Majlis Syura Pas tidak perlu membincangkan mengenai kerjasama dengan Umno kerana itu bukan perkara penting bagi parti itu.

Beliau menjelaskan tiada persidangan akan dibuat badan tertinggi Pas itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya sudah jelas.

 

 

Tinggalkan komen anda