Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahBerita UtaraHomePulau PinangSelangorViral

Judi, Dadah Semakin Menjadi-jadi di Selangor dan Pulau Pinang

By 10 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (PWTC)

KUALA LUMPUR,10 Dis (Malaysiaaktif) –  Walaupun polis buat banyak serbuan namun kebanyakan tempat yang dikaitkan dengan isu dadah tidak dipantau oleh kerajaan negeri, khasnya negeri Selangor dan Pulau Pinang. Kekangan ini menyebabkan aktiviti dadah di kawasan berkenaan semakin berleluasa.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk  Nur Jazlan Mohamed dalam sidang media isu keselamatan yang diadakan sejurus selepas sesi perasmian Persidangan UMNO 2015 oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari tadi.

Tambah beliau, tindakan pengedar yang sentiasa berubah-ubah menimbulkan masalah kepada penguat kuasa. Dadah yang dihasilkan pula ialah dadah sintetik yang mudah dibuat dan diedarkan.

Menyentuh isu judi, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah melakukan serbuan pencegahan judi dalam talian dan judi tidak berlesen. Kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk menyelaraskan undang-undang supaya definisi judi dapat diperketat dan undang-undang berkenaan seperti rumah judi terbuka, Akta Loteri, Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Kerajaan Negeri.

Menurut Jazlan, beberapa serbuan di Ampang Jaya, Gombak, Subang Jaya dan Puchong, Selangor mendapati banyak tempat judi tidak berlesen, judi haram, dan judi yang dilesenkan oleh kerajaan negeri. Malah Kerajaan Selangor sendiri melesenkan tempat itu untuk aktiviti judi diadakan. Mesin judi yang ada bukan sahaja, mesin Judi online bahkan ada mesin jackpot.

Tambahnya, isu kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PATI) juga semakin menjadi-jadi di Sepang Selangor. Dalam serbuan yang dijalankan terhadap lebih 1000 penghuni, 300 dikenal pasti sebagai pendatang izin. Malangnya, kerajaan negeri tidak mengambil tindakan untuk merobohkan kawasan penempatan PATI. Hal ini menyebabkan masalah kepada  Imigresen untuk membanteras isu PATI.

Beliau bertegas mahu kerajaan Selangor bertindak serius mengatasi semua isu ini yang membawa kepada ancaman keselamatan negara.

 

Tinggalkan komen anda