Skip to main content
HomeViral

‘Salib’ Di Bumbung: Jangan Buang Masa Layan Perkara Bodoh – KJ

By 30 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Rakyat disarankan berfikiran lebih terbuka dan matang dalam menangani isu tertentu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berpendapat terdapat beberapa individu yang masih membuang masa memperhangat perkara yang tidak berfaedah.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai bodoh berikutan kekecohan isu bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti lambang salib di Langkawi tempoh hari.

“Rumah2 yang ada ‘salib’ di Langkawi. Sekarang telah dicat semula selepas kecoh (Now repainted after the uproar). Kita terlalu banyak membuang masa dengan isu-isu bodoh (We waste too much time on stupid issues),” katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah menggesa pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain menegaskan pihaknya mengambil serius isu tersebut dan akan cuba menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng berpendapat individu bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan mempunyai masalah penglihatan sehingga tidak dapat membezakan antara simbol salib dan struktur binaan.

Tambahnya, struktur berkenaan kelihatan seperti simbol salib hanya disebabkan sudut penglihatan semata-mata.

 

Tinggalkan komen anda