Skip to main content
Berita TempatanHome

Tolak Perbezaan Ideologi, Elak Rakyat Berbalah – Presiden PAS

By 18 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Faris Fuad KUALA LUMPUR, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan rakyat perlu menolak tepi perbezaan ideologi untuk bergerak ke depan.

Jelasnya, ia penting bagi mengelakkan perbalahan seperti yang mana yang telah berlaku di beberapa negara di rantau Asia.

“Sunni dengan sunni berperang, syiah dengan syiah berperang kerana perbezaan ideologi. Berperang dengan senjata yang diberi oleh Barat atau Timur, sama ada dari Amerika, Russia atau China.

“Kita berperang dengan senjata mereka, bunuh sesama kita, bayar dengan duit kita. InsyaAllah Melayu tidak akan jadi macam Arab,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Seasons hari ini.

Hadi yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia berpendapat semua masalah atau isu yang dihadapi negara perlu diselesaikan di saluran yang betul.

“Kita berbeza pendapat, kita berbalah, berkelahi tapi tak jadi peperangan proksi. Jangan kita ini jadi macam rantau Asia Barat.

“Hindarkan pertembungan kerana perbezaan ideologi. Zaman penjajahan sudah tiada lagi, mari kita merdekakan diri dengan benda-benda merdeka.”

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan agenda Barat dan Timur.

Menurutnya, terdapat beberapa ilmuwan dalam negara yang boleh memberi pandangan dan perspektif mengenai islam.

“Tafsirkan Islam di dalam perlembagaan mengikut Ad-Deeb bukan mengikut religion.

“Kita sendiri termasuk ustaz-ustaz kita, ulama dari Al Azhar, ilmuwan yang belajar dari Timur dan Barat, yang banyak belajar agama.

“Kita tidak perlu penasihat-penasihat Timur dan Barat, kita boleh ambil ilmu mereka, tetapi nasihat mereka tidak boleh ambil. Yang ada dalam ini bercambah, boleh bagi nasihat dan juga boleh bagi pandangan,” katanya lagi

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2015 menghulurkan salam silaturrahim kepada Pas.

Tegasnya, pihaknya sedia bekerjasama dengan Pas bagi memperjuangkan hak rakyat mengikut hukum dan syariat islam.

Tinggalkan komen anda