
Oleh : Robani Nabi Ahmad dan Mohd Hussin Abdullah TUMPAT, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Terharu dan gembira! Begitulah perasaan Abdullah Ali 57, apabila jambatan utama yang menghubungkan Kg. Baru Nelayan dengan Bandar Tumpat kini dalam proses pembinaan.
Menurutnya, dia dan penduduk kampung terharu kerana kesusahan selama setahun untuk ke bandar Tumpat terutama menghantar anak-anak ke sekolah kini terbela. Jambatan tersebut mengalami kerosakkan teruk serta tidak selamat dilalui oleh orang ramai ekoran banjir besar 2014, sehingga terpaksa menggunakan jalan alternatif sejauh 7 km.
Kes ini mendapat perhatian Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dan sejumlah peruntukan telahpun disalurkan untuk melaksanakan projek ini.